Penerangan
Sesi Pembentangan Hasil Audit Premis Yang Ditetapkan (PYDT) Buangan Terjadual oleh pegawai dari Bahagian Bahan Berbahaya telah diadakan pada 21 Oktober 2021 (Khamis) jam 3.00 petang. Sesi pembentangan ini telah dihadiri oleh Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya, YM Tunku Khalkausar Tunku Fathahi, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, En Mohd Sani Bin Mat Daud, pegawai-pegawai dari Seksyen Perlesenan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang serta pegawai-pegawai dari Seksyen Penilaian & Pembangunan dan Seksyen Perlesenan, Bahagian Bahan Berbahaya. Sesi pembentangan ini diadakan untuk membentangkan hasil daripada audit ke atas Premis Yang Ditetapkan (PYDT) Buangan Terjadual yang telah dijalankan sebelum ini. Sesi pembentangan dan perbincangan ini tamat pada jam 5.00 petang.