Penerangan
PERLIS, 20 Oktober 2021- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis melalui 2 orang pegawainya iaitu Puan Nurfitriyah Jazilahwani Binti Othman dan Puan Noorasmawati Binti Ariffin yang telah dilantik sebagai Juruaudit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 komited melaksanakan arahan menjalankan Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 di JAS Kedah pada 18 Oktober 2021 dan 20 Oktober 2021. Program Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 selama 2 hari ini yang diketuai oleh Puan Norazlinda binti Ismail dari Bahagian Udara, JAS Ibu Pejabat memfokuskan kepada pematuhan terhadap keperluan Standard MS ISO 9001:2015 bagi skop Pemprosesan Laporan EIA dan Penguatkuasaan Syarat-Syarat Kelulusan EIA.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memperolehi Sijil MS ISO 9001:2015 bermula 22 Oktober 2019 sehingga 21 Oktober 2022 bagi skop Pemprosesan EIA dan Penguatkuasaan Syarat-Syarat Kelulusan EIA. Dalam hal ini, salah satu program dilaksanakan di bawah Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 adalah Audit Kualiti Dalaman.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#alamsekitartanggungjawabbersama