PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2021 PERINGKAT KEBANGSAAN SECARA MAYA

DOE Sabah 22/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2021 PERINGKAT KEBANGSAAN SECARA MAYA
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
22/10/2021
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2021 Peringkat Kebangsaan. Sambutan Hari Alam Sekitar Negara ini merupakan acara tahunan yang disambut pada 21 Oktober setiap tahun. Objektif sambutan Hari Alam Sekitar Negara ini adalah untuk menyemai dan meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia. Tema Hari Alam Sekitar Negara pada tahun ini adalah “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”. Majlis Pelancaran Hari Alam Sekitar Negara 2021 Peringkat Kebangsaan ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan dihadiri oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air. ??? Tarikh: 21 Oktober 2021 (Khamis) ? Masa: 9.00 Pagi ?? Secara Maya: Majlis Sambutan HASN 2021 Pengarah JAS Negeri Sabah bersama pegawai lain juga turut hadir bagi memeriahkan dan menyokong usaha murni sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021 #sabahmajujaya #jassabah

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan