Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA EIATRC BAGI PROJEK PEMBANGUNAN KUARI DI DAERAH KUANTAN.
KUANTAN, 22 SEPTEMBER 2021-
Satu mesyuarat bagi membincangkan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) secara atas talian telah diadakan bersama pihak perunding dan pemaju. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JAS Pahang, Tn Hj Mohd Sani Bin Mat Daud.
Agensi teknikal yg turut hadir dalam membincangkan laporan ini adalah PlanMalaysia Pahang, JPS Pahang, JKR Pahang, JMG Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan dan JAKOA Pahang.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jaspahang