Penerangan
LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK PEMBANGUNAN KUARI DI DAERAH KUANTAN
KUANTAN, 22 SEPTEMBER 2021- Satu lawatan tapak cadangan projek EIA Pembangunan kuari telah dijalankan bagi melihat dengan lebih jelas tapak cadangan projek dan aktiviti - aktiviti persekitaran sebagai input dalam menyemak laporan EIA yang telah dikemukakan.
Lawatan tapak ini telah diketuai Tuan Haji Muhammad Hisyam Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pembangunan JAS Pahang dan Cik Zarith Sufiani Binti Baharom, pegawai pemprosesan laporan EIA JAS Pahang, pihak perunding dan wakil pemaju projek.
Lawatan ini dilakukan dengan mengambilkira pematuhan yang telah digariskan oleh KKM dan MKN Malaysia.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jaspahang
#jabatanalamsekitar
#22sept2021