12 Oktober 2021 - Kulim, Kedah
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah berjaya menyelesaikan dua (2) kes mahkamah pada hari ini di Mahkamah Sesyen Kulim, Kedah.
Kes pertama adalah kesalahan di bawah Seksyen 31(3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana OKS telah melanggar notis arahan bertarikh 31 Oktober 2018 pada 6 Mac 2019 yang membawa hukuman denda sebanyak RM 5,000.00.
Manakala kes kedua adalah kesalahan di bawah Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 kerana telah membuat perubahan pada Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian (SPEP) tanpa mengemukakan Pemberitahuan Bertulis kepada Ketua Pengarah Alam Sekeliling pada 10 Jun 2019 yang telah dihukum denda sebanyak RM 10,000.00.
OKS bagi kedua-dua kes telah mengaku bersalah pada sebutan pertama kes pada 12 Oktober 2021.
Pendakwaan tersebut dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JAS Negeri Kedah, Encik Muniff bin Mat Rus bersama-sama pasukan penyiasat daripada JAS Cawangan Kulim. Kes-kes tersebut diadili oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kulim, Puan Mirza binti Mohamad.
Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di