Penerangan
PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS SUSULAN INGKAR NOTIS ARAHAN
20 September 2021, Bentong, Pahang - Sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bentong telah dikenakan perintah Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ekoran tidak mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh JAS Cawangan Temerloh sebelum ini.
POK tersebut dibuat kerana pihak premis gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh JAS sebelum ini.
Kertas siasatan sedang disediakan di bawah Seksyen 31(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#jabatanalamsekitar
#20sept2021