SUSULAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA, PEMERIKSAAN SEGERA DILAKUKAN
19/9/2021 TRINGKAP
Pasukan Rondaan OMPT JAS Cawangan Cameron Highlands menerima aduan pembakaran terbuka kawasan pelupusan sampah haram dari Balai Bomba & Penyelamat Brinchang.
Hasil pemeriksaan tapak mendapati terdapat sisa pertanian dan sisa domestik dibuang di kawasan tersebut.
Peringatan larangan pembakaran terbuka telah digantung di kawasan berkenaan serta wakil masyarakat setempat turut dipanggil bagi memudahkan urusan penyampaian maklumat kepada masyarakat dan pekebun sekitar kawasan Tringkap tentang kesedaran dan larangan pembakaran terbuka.
Operasi pemadaman selesai dilakukan oleh Balai Bomba & Penyelamat Brinchang dengan bantuan Bomba Dan Penyelamat Sukarela Tringkap.
Aduan orang awam berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh disalurkan di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected]
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#JASPahang
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#19sept2021