Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Program Bantuan Khidmat Nasihat Industri Hijau Melalui Konsep Pengeluaran Bersih (CP) pada 23 September 2021
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 20/10/2021
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
Penerangan
Seksyen Industri Hijau, Bahagian Penguatkuasa , Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat telah melaksanakan Program Bantuan Khidmat Nasihat Industri Hijau Melalui Konsep Pengeluaran Bersih (CP) dengan menjalankan audit CP bermula 15 September 2021 sehingga 1 Oktober 2021. Program audit pada tahun ini memfokuskan kepada sektor industri pembuatan sarung tangan getah di negeri Selangor. Sehubungan dengan itu sebanyak lima (5) buah premis telah dipilih bagi menjalankan audit ini.
Program ini dilaksanakan oleh jururunding yang telah dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia iaitu Galaxy Tech Solutions. Program ini dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom kerana kekangan pandemik Covid -19.