PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kursus Kepimpinan dan Kemahiran Hubungan Perorangan Pegawai JAS Gred 44 – 52 Siri II

DOE WP Putrajaya 20/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kursus Kepimpinan dan Kemahiran Hubungan Perorangan Pegawai JAS Gred 44 – 52 Siri II
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
20/10/2021
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Tajuk: Kursus Kepimpinan dan Kemahiran Hubungan Perorangan Pegawai JAS Gred  44 – 52 Siri II Mod Kursus: Dalam talian (Aplikasi Zoom) Tarikh: 11 – 12 Oktober 2021 (Isnin - Selasa) Masa: 8.30 pagi hingga 4.45 petang   14 OKTOBER 2021 - Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama SAbar Training & Resources telah menganjurkan satu kursus bertajuk “Kepimpinan dan Kemahiran Hubungan Perorangan Pegawai JAS Gred 44 – 52”. Kursus yang dikendalikan oleh UKM-UNIPEQ dan diadakan melalui platform Aplikasi Zoom itu diterajui oleh Hj. Syamsul Amri Abd Razak yang merupakan pelatih dan pengamal NLP yang bertauliah. Penganjuran kursus siri kedua ini juga telah mendapat sambutan yang memberangsangkan seperti Siri I yang lalu dihadiri oleh pegawai-pegawai JAS seramai 40 orang itu diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta berhubung keperluan mempertingkatkan kemahiran pengurusan supaya lebih berkesan dalam keadaan persekitaran yang dinamik dan mencabar di samping memberi pendedahan kepada kemahiran interpersonal yang perlu ada kepada peserta. Seterusnya kursus ini akan dapat membantu peserta yang terdiri daripada pegawai gred 44 hingga 52 dalam meningkatkan kemahiran komunikasi serta kepimpinan dalam mengetuai sesuatu unit, seksyen mahupun bahagian. Kemahiran kepimpinan yang dibina ini juga dapat memastikan segala tugasan dapat diselesaikan dengan sempurna mengikut SOP yang ditetapkan. Selain itu, melalui kursus kepimpinan ini dapat membantu pegawai meningkatkan keyakinan dalam menyampaikan arahan kepada kakitangan dibawah seliaan masing-masing.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan