Penerangan
Program Latih Amal Pengurusan Bencana Maritim: Tumpahan Minyak Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 yang diadakan pada 5 dan 6 Oktober 2021 telah dirasmikan oleh Encik Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar. Program anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) ini dilaksanakan secara hibrid iaitu kombinasi latihan secara fizikal dan secara maya.
JAS juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi kerajaan dan swasta iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Laut Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan lain-lain agensi kerajaan. Manakala wakil-wakil agensi-agensi swasta terlibat adalah PETRONAS Group HSSE dan Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG), MISC Berhad dan anak syarikatnya Eaglestar Marine Holdings. Semoga kerjasama dan sokongan padu ini diteruskan di masa hadapan.