Penerangan
TARIKH: 12 Oktober 2021
MASA : 20.30 pm - 23.00 pm
LOKASI: RSA Dengkil arah selatan
Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan Ops bersepadu bersama JPJ,AADK, PLUS C5&C6 ZON TENGAH B3(1).JAS menjalankan penguatkuasaan pelepaskan asap melebihi had ketumpatan yang dibenarkan iaitu 50% di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel), 1996 , Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mengarahkan pemilik kenderaan menjalani ujian semula pelepasan asap di PUSPAKOM dan Perintah Larangan di bawah Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel), 1996 kerana melepaskan asap dengan ketumpatan melebihi 70% dan penguatkuasaan pelepasan Gas Co & HC dari kenderaan petrol.
Penguatkuasaan oleh agensi terlibat keatas pesalah trafik memandu melebihi had laju,mengesan pemandu yang memiliki waran tangkap yang aktif .Penguatkuasaan keatas pemandu yang memandu di bawah pengaruh dadah / alkohol,penguatkuasaan keatas kenderaan perdagangan diesel 3 tan kebawah termasuk van dan pickup perdagangan dan pemeriksaan kenderaan petrol perdagangan (nissan vanette, NV200 dan daihatsu gran max)dan juga pemeriksaan menyeluruh keatas kenderaan dan pemandu .