Penerangan
Tarikh : 9 Oktober 2021
Tempat : Pusat Kitar Semula MBSA, Seksyen U2, Shah Alam
Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021 Peringkat Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Scrap Computer Trading Sdn Bhd. telah menjalankan program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (E-Waste) pada hari ini . Program yang bermula pada pukul 9.00 dan berakhir pada 1.00 tengah hari berjaya mengutip lebih kurang 300kg E-Waste.
Aktiviti ini adalah satu usaha mencegah orang ramai daripada melupuskan E-Waste ke tempat yang tidak sepatutnya. Orang ramai yang hadir melupuskan E-Waste perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan hanya perlu menurunkan E-Waste di tempat pengumpulan.