Penerangan
5 Oktober 2021 (Selasa), Lawatan tapak bagi cadangan penambakan tanah seluas 407 hektar dari Bagan Ajam hingga Teluk Air Tawar, Butterworth diadakan bersama JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri Pulau Pinang, wakil pengerak projek dan Jururunding yang bertanggungjawab dalam menyediakan laporan EIA bagi cadangan tebus guna tanah ini. Lawatan tapak ini dibuat di lima (5) lokasi sepanjang pinggir pantai iaitu Pantai Bersih, Jeti Nelayan Bagan Ajam, Pengkalan TUDM, Pantai Robina dan Sungai Abdul. Laporan EIA ini akan dipamerkan dalam tempoh 13 September hingga 12 Oktober 2021