PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

WEBINAR ALAM SEKITAR: KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE DAN BUANGAN KITAR SEMULA DI TAMAN ALAMANDA, SENAWANG

DOE Negeri Sembilan 13/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
WEBINAR ALAM SEKITAR: KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE DAN BUANGAN KITAR SEMULA DI TAMAN ALAMANDA, SENAWANG
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
13/10/2021
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

WEBINAR ALAM SEKITAR: KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE DAN BUANGAN KITAR SEMULA DI TAMAN ALAMANDA, SENAWANG 8 Oktober 2021, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd. dan KRT Taman Alamanda, Senawang telah mengadakan Webinar Alam Sekitar: Kempen Pengumpulan E-Waste dan Buangan Kitar Semula kepada penduduk Taman Alamanda, Senawang. Bersempena kempen pengumpulan tersebut, pihak JAS Negeri Sembilan telah menyampaikan taklimat berkenaan pengurusan E-Waste di Malaysia. SWM Environment Negeri Sembilan pula telah menyampaikan taklimat ringkas berkenaan Program KITARecycle yang mana pelbagai jenis barangan kitar semula seperti plastik, kertas dan E-Waste boleh dihantar kepada SWM Environment Sdn. Bhd. melalui program yang dibangunkan ini. JAS Negeri Sembilan sentiasa menyokong dan sangat berbesar hati untuk mengadakan perhubungan strategik dan bekerjasama dengan mana-mana pihak lain dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan