Penerangan
Satu Majlis Perpisahan sempena pertukaran dan persaraan pegawai - pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah diadakan pada 30 September 2021 . Seramai 13 orang pegawai yang terlibat dengan Majlis tersebut. Majlis ini juga melibatkan Tuan Pengarah, YABrs En.Salahudin Bin Sidik yang dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke Pusat Latihan Alam Sekitar (EiMAS), Bangi. Majlis yang diadakan secara fizikal dan secara dalam talian melibatkan semua pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan yang bekerja di pejabat, bekerja dari rumah (BDR), dan dikuarantin oleh sebab kontak rapat Covid-19. Majlis secara fizikal diadakan dengan menjaga jarak dan mengikut Standard Of Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.