Penerangan
PERLIS, 29 September 2021- Unit Penguatkuasaan EIA JAS Negeri Perlis yang disertai oleh dua (2) orang pegawai penguatkuasa telah menjalankan pemeriksaan pematuhan syarat-syarat kelulusan Laporan EIA di tapak projek pembangunan yang aktif dengan kerja-kerja tanah di Guar Nangka, Perlis. Arahan lapangan telah dikeluarkan untuk memastikan penggerak projek sentiasa mematuhi syarat-syarat EIA yang telah diluluskan.
Program penguatkuasaan ke atas syarat-syarat kelulusan Laporan EIA dijalankan serentak dengan pemeriksaan pematuhan SOP Akta 342. Program penguatkuasaan ini akan diteruskan dari masa ke semasa mengikut SOP daripada pihak MKN dan KKM sepanjang fasa ketiga PPN ini.
Penggerak projek EIA diingatkan untuk sentiasa komited terhadap usaha-usaha ke arah kelestarian alam sekitar dalam proses memajukan negara.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#alamsekitartanggungjawabbersama