PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI SEKITAR TAIPING

DOE Perak 06/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI SEKITAR TAIPING
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
06/10/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

20 September 2021, TAIPING - Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping telah melakukan siasatan penguatkuasaan ke atas aduan pembakaran terbuka melibatkan beberapa kawasan perumahan di sekitar Taiping seperti Taman Sri Hijau Taman Paduka Setia dan Taman Simpang Bersatu pada hari ini. Beberapa rumah telah dikesan melakukan pembakaran terbuka terhadap sampah sarap, sisa pangkasan pokok dan semak samun. JAS telah menyampaikan amaran keras berbentuk poster larangan pembakaran terbuka di rumah pelaku yang terlibat. Jabatan Alam Sekitar ingin mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali. Orang ramai boleh membuat aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar termasuklah pembakaran terbuka di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected] Siasatan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan