PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN AKAS 1974 TANGGUNGJAWAB UTAMA JAS-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 04/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN AKAS 1974 TANGGUNGJAWAB UTAMA JAS-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
04/10/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 03 Oktober 2021. Pegawai penguatkuasa terus menjalankan penguatkuasaan ke atas punca-punca yang  tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hari ini, penguatkuasaan telah dijalankan yang melibatkan di daerah Kuala Terengganu, Wakaf Mempelam, Wakaf Tapai, Ajil, Kuala Berang, Kuala Pueh, Tapah, Dusun, Butut, Tapu, Pasir Tinggi, Manir dan Losong. Hasil penguatkuasaan ini, tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal dijumpai di sepanjang laluan tersebut. Siasatan ke atas dua (2) aduan pembakaran terbuka di Lorong Tekukur dan di Kg Losong, mendapati ianya berasas dengan penemuan kesan pembakaran di kedua-dua lokasi ini.  Banner larang pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi tersebut. Pemasangan banner ini sebagai peringatan kepada sesiapa yang melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1). Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pemasangan banner ini juga diharap memberi kesedaran kepada orang awam akan kesan buruk kepada kesihatan orang awam,  persekitaran  dan ketidakselesaan kepada kejiranan akibat penyebaran asap dan bau yang tidak menyenanagkan.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan