Penerangan
Kuala Terengganu, 02 Oktober 2021. Pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran ke atas punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hari ini, walaupun cuti hujung minggu di negeri Terengganu, rondaan dan pemantauan tetap dijalankan yang melibatkan sekitar kawasan Pantai Batu Rakit, Kg Merang, Kg Telaga Papan, Kg. Penarik, Kg Saujana, Kg Mangkuk, Kg Pengkalan Gelap, Kg Gong Batu, Kawasan Perindustrian Gong Medang, Besut dan sekitar Bandar Jerteh, Besut.
Rondaan dan pemantauan ini telah dijalankan di kawasan penempatan industri, kawasan pantai, perkampungan dan taman-taman perumahan mendapati tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang abnormal dan mencurigakan dikesan.
Walau bagaimanapun terdapat kawasan yang dijumpai mmepunyai potensi aktiviti pembakaran terbuka dilakukan di Kawasan Perindustrian Gong Medang. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang bagi mengingatkan penduduk sekitar dan pemilik tanah mengenai kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Selain itu, pegawai penguatkuasa turut menjalankan siasatan ke atas laporan hotspot yang diterima berada berhampiran kawasan projek Ladang Ternakan Udang di Setiu, Tiada sebarang asap atau pembaraan yang dijumpai memandangkan tiada maklumat mengenai kedudukan hotspot tersebut. JAS Terengganu akan terus menjalankan siasatan susulan berkaitan laporan ini sehingga selesai.