Penerangan
Kuala Terengganu, 01 Oktober 2021. Sepasukan pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan ini telah dijalankan di kawasan Chendering, Marang, Rantau Abang dan Merchang Tiada pembakaran terbuka ditemui sepanjang laluan rondaan dijalankan.
Walau bagaimanapun pegawai penguatkuasa telah menjumpai longgokan sisa pokok yang telah ditebang di kawasan tanah yang telah dibersihkan di Kuala Abang. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang bagi mengingatkan penduduk sekitar dan pemilik tanah mengenai kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka.
Banner yang dipasang memberi peringatan kepada sesiapa yang melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1). Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan juga penempatan kilang di Kawasan Perindustrian Chendering. Tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan sepanjang pemantauan dijalankan di kawasan perindustrian ini.