Penerangan
Kemaman, 01 Oktober 2021. Sepasukan pegawai penguatkuasa terus menjalankan OMPT dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Operasi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca-punca pencemaran ini telah dilakukan di kawasan Gong limau, Kg Besut, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kijal, Bukit Anak Dara, Chukai, Gong Pauh, Binjai, Mat Lagam, Geliga dan Jakar. Tiada pembakaran terbuka di temui semasa rondaan dijalankan.
Semasa rondaan dan pemantauan ini yang melibatkan kawasan penempatan kilang, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan telah menjumpai kawasan yang telah dibersihkan dan berpotensi pembakaran terbuka dilakukan. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi berkenaan.
Dengan pemasangan banner ini diharap dapat memberi peringatan kepada sesiapa yang melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1). Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.