Penerangan
23 September 2021, HILIR PERAK – Sebuah kilang menghasilkan peralatan dapur di Hilir Perak telah dikenakan notis Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Teluk Intan atas kesalahan tiada alat kawalan pencemaran udara dalam satu operasi penguatkuasaan pada hari ini.
Persampelan dari aktiviti mengecat dan 'polishing' telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan penganalisaan.
Penguatkuasaan ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.