Penerangan
26 September 2021, SELAMA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak pada hari ini telah menganjurkan program riadah eksplorasi alam dan gotong royong sempena Hari Sungai Sedunia 2021 di Lata Tebing Tinggi, Selama.
YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak turut sudi hadir untuk merasmikan dan melancarkan program tersebut.
Antara pengisian program adalah menanam pokok dan gotong royong di sekitar kawasan rekreasi tersebut.
Program ini dijalankan mengikut SOP MKN dan KKM.