Penerangan
Kuala Terengganu, 30 September 2021. Hari ini, Pegawai penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan tugas meronda bagi mencegah pembakaran terbuka, memantau pencemaran dan menyiasat aduan pencemaran.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan tiga (3) daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu. Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan.
Siasat aduan bau di Kg Gong Tengah, Merang, daerah Setiu didapati berasas. Punca pencemaran bau adalah daripada penggunaan baja di sebuah ladang kelapa sawit yang berjarak kira-kira 4 km dari penempatan di Kg Gong Tengah. Hasil siasatan ini akan dimaklumkan kepada pihak ladang supaya menambahbaik dan mengamalkan kaedah pembajaan yang lebih mesra alam.
Pemeriksaan ke atas tiga (3) unit infastruktur tanah gambut iaitu check dam di kawasan ladang milik TDM–YT Plantation yang rosak mendapati ianya telah selesai dibaikpulih dan dapat berfungsi dengan baik.