Penerangan
Kemaman, 25 September 2021. Pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan Chukai, Bukit Kuang, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kijal, Padang Kemunting, Sri Bandi, Padang Kubu, Air Putih, Pasir Gajah, Binjai dan Kawasan Perindustrian Jakar.
Rondaan dan pemantauan yang melibatkan premis industri, kawasan pembinaan, tapak pelupusan sampah, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan, didapati tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes dan kejadian yang mencurigakan ditemui.
JAS Terengganu sentiasa optimis dengan komitmen berterusan meronda dan memantau punca-punca pencemaran ini akan dapat mencegah pencemaran alam sekitar.