Penerangan
Kemaman, 24 September 2021. Pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan Chukai, Mak Chili , Ibok, Air Jernih, Kemasik, Kerteh, Kijal, Telok Kalong, Jakar dan Binjai.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan premis industri, kawasan pembinaan, tapak pelupusan sampah, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan yang berpotensi berlaku pembakaran terbuka dan aktiviti pelupusan haram buangan terjadual.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes dan kejadian yang mencurigakan ditemui.
Selain itu, pemeriksaan infrastruktur tanah gambut di kawasan yang sering berlaku kebakaran turut dilakukan di Kg. Padang Kemunting. Hasil pemeriksaan pada struktur tersebut mendapati ianya berkeadaan baik dan berfungsi .
Pegawai penguatkuasa sentiasa bersiap siaga dalam meronda dan memantau punca-punca pencemaran terutama pada cuti hujung minggu ini sebagai usaha berterusan dalam membasmi pencemaran dan mengekang jenayah alam sekitar.