PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS CAWANGAN KEMAMAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS CAWANGAN KEMAMAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kemaman, 23 September 2021. Pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan Cukai, Jakar, Mak Lagam, Binjai, Paman, Ibuk, Padang kemunting, Bukit Teruna dan Meraga Beris. Tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan. Kawasan rondaan dan pemantauan ini melibatkan premis industri, kawasan pembinaan, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan yang berpotensi, aktiviti pembakaran terbuka dan aktiviti pelupusan haram buangan terjadual dilakukan. Di samping itu hasil siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka di Kg Meraga Beris mendapati ianya berasas.  Aktiviti  pembakaran terbuka dikesan berlaku di kawasan kerja-kerja  pembersihan tanah.  Walau bagaimanapun pelaku tidak dapat dikenalpasti. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi yang diadu sebagai usaha pencegahan agar aktiviti ini tidak diteruskan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan