PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PUNCA-PUNCA PENCEMARAN TETAP DITERUSKAN PADA CUTI UMUM-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PUNCA-PUNCA PENCEMARAN TETAP DITERUSKAN PADA CUTI UMUM-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kemaman, 16 September 2021. Pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Rondaan dan pemantauan ini telah dijalankan di Kg. Besut, Bukit Kuang, Teluk Kalong, Kijal, Kemasik, Kerteh, Kawasan Perindustrian Kerteh, Air Jerneh, Seri Bandi, Air Putih, Seberang Tayor, Pasir Gajah, Binjai, Mak Lagam, Kawasan Industri Jakar, Geliga dan Bandar Chukai. Operasi ini melibatkan premis industri, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka dan aktiviti pelupusan haram buangan terjadual.  Tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan dan tiada pembakaran terbuka ditemui. JAS Terengganu dan JAS cawangan Kemaman sentiasa menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan