PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN PUNCA-PUNCA PENCEMARAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 OLEH JAS CAWANGAN  KEMAMAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN PUNCA-PUNCA PENCEMARAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 OLEH JAS CAWANGAN  KEMAMAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kemaman, 13 September 2021. Pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Penguatkuasaan ini telah dijalankan di sekitar kawasan  Gong Limau, Bandar Chukai,  Kawasan Perindustrian Jakar dan Mak Lagam. Pemeriksaan dan siasatan punca-punca pencemaran ini,  melibatkan premis industri, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka dan aktiviti pelupusan haram buangan terjadual.  Tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan dan tiada pembakaran terbuka ditemui. JAS Terengganu dan JAS cawangan Kemaman sentiasa menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan