Kemaman, 11 September 2021. Hari ini cuti hujung minggu di negeri Terengganu. Pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).
Operasi mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran telah dilakukan di sekitar Geliga, Jakar, Bandar kemaman, Kijal, Bukit Kuang, ,Telok Kalong, Kawasan Perindustrian Telok Kalong , Kemaman Supply Base (KSB) dan Mak Chili.
Rondaan dan pemantauan ini, melibatkan kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Jakar, Telok Kalong dan KSB, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan ini didapati tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan dan tiada pembakaran terbuka ditemui.
JAS Terengganu bersama JAS Cawangan Kemaman sentiasa memberi peringatan kepada orang awam mengenai kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Sesiapa yang melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1). Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan Kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau
[email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.