PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN MENCEGAH PUNCA PENCEMARAN TERUS DIPERGIATKAN OLEH JAS CAWANGAN KEMAMAN -JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PUNCA PENCEMARAN TERUS DIPERGIATKAN OLEH JAS CAWANGAN KEMAMAN -JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kemaman, 10 September 2021. Pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Operasi mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran  telah dilakukan di sekitar Kg. Besut,  Kawasan  Perindustrian Teluk Kalong, Bukit Anak Dara, Kg.Padang Kemunting, Seri Bandi, Padang Kubu, Air Putih, Seberang Tayor dan  Binjai. Hasil rondaan dan pemantauan yang melibatkan kawasan penempatan kilang kelapa sawit , kilang-kilang di kawasan perindustrian, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan ini didapati tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan dan tiada pembakaran terbuka ditemui. Walau bagaimanapun, semasa rondaan ini, pegawai penguatkuasa telah menemui longgokan sisa belukar di atas kawasan tanah yang telah dibersihkan. Banner larang pembakaran terbuka telah dipasang sebagai peringatan kepada indvidu yang terlibat agar aktiviti berkenaan tidak dilakukan. JAS Terengganu sentiasa mengingatkan kepada orang awam mengenai kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Sesiapa yang melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1). Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan Kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pegawai penguatkuasa turut menjalankan pemantauan dan pemeriksaan pada infrastruktur tanah gambut iaitu check dam yang dibina di Kg.Padang Kemunting Kijal sebagai kemudahan dalam menyediakan bekalan air sekiranya berlaku kebakaran di kawasan tersebut. Hasil pemeriksaan didapati kawasan infrastruktur ini perlu diselenggara supaya ianya dapat berfungsi dengan baik. Hasil penemuan ini akan dipanjangkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu untuk kerja-kerja penyelenggaraan. JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan