Kemaman, 8 September 2021. Hari ini, JAS Cawangan Kemaman telah mengadakan sesi perbincangan dengan premis CJ Bio Malaysia Sdn. Bhd. dan Arkema Thiochemical Sdn. Bhd. secara virtual.
YBrs Encik Wan Azuan bin Wan Omar, Ketua Cawangan Kemaman telah mempengerusikan sesi ini dengan dihadiri bersama, Timbalan Ketua Cawangan Puan Zuraini binti Mohd Sinin dan pegawai penguatkuasa yang memantau kedua-dua premis ini.
Sesi perbincangan telah memfokuskan kepada isu-isu yang berkaitan dengan operasi dan prestasi pematuhan alat kawalan pencemaran udara di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi kedua-dua premis ini agar ianya berada dalam keadaan pematuhan yang baik.
JAS Terengganu bersama JAS Cawangan Kemaman sentiasa menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau
[email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.