PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN FOKUS UTAMA JAS CAWANGAN KEMAMAN -JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN FOKUS UTAMA JAS CAWANGAN KEMAMAN -JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kemaman, 6 September 2021. Pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Operasi mencegah pembakaran terbuka dan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS telah dilakukan di sekitar Bandar Kemaman, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Kemaman Supply Base (KSB). Hasil rondaan dan pemantauan yang melibatkan kawasan penempatan industri, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan ini didapati tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan dan tiada pembakaran terbuka ditemui. JAS Terengganu sentiasa mengingatkan kepada orang awam mengenai kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Sesiapa yang melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1). Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan Kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. JAS Terengganu juga sentiasa memantau semua premis-premis yang berdaftar dan tertakluk di bawah peruntukan AKAS 1974 ini agar sentiasa memastikan operasi premis berada pada tahap pematuhan yang baik.  Tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja, contohnya pemunya atau pemilik premis yang melanggar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan