PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KERJASAMA  PELBAGAI PIHAK DALAM MEMASTIKAN PENGURUSAN E-WASTE DI NEGERI TERENGGANU MENGIKUT KAEDAH YANG BETUL DAN SELAMAT-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KERJASAMA  PELBAGAI PIHAK DALAM MEMASTIKAN PENGURUSAN E-WASTE DI NEGERI TERENGGANU MENGIKUT KAEDAH YANG BETUL DAN SELAMAT-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 30 September 2021. JAS Terengganu terus melaksanakan kempen pengumpulan E-Waste secara norma baharu dengan menggunakan pendekatan secara hebahan melalui media digital dan elektronik bagi memastikan kempen ini dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Kempen yang dilaksanakan sepanjang bulan September 2021 ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan mendapat komitmen dan kerjasama daripada  Jabatan Akauntan Negeri Terengganu, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Negeri Terengganu, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Negeri Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Syarikat KT Wan Recycle iaitu kontraktor pengangkut dan kemudahan pemerolehan Separa Luar Tapak (e-Waste) yang berlesen dengan JAS Terengganu . Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu amat menghargai kerjasama dan sokongan semua pihak yang telah menyambut baik kempen ini. “E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara” “ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA”

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan