Penerangan
Kuala Terengganu, 30 September 2021. Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 telah berkuatkuasa sejak 17 September 2021 di Negeri Terengganu.
JAS Terengganu terus memberi komitmen untuk mengadakan mesyuarat bersama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bagi memberi input pembangunan alam sekitar ke atas cadangan projek yang dibentangkan oleh pihak pelabur.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah merangkap Ketua Bahagian Pembangunan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Hadir sama Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Faridah binti Ghazali sebagai urusetia dari Bahagian Pembangunan
Dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pelabur dalam mendapat ulasan dan pandangan awal berkaitan dengan cadangan projek berkenaan, diharap dapat memastikan pembangunan projek ini dapat mematuhi keperluan Akta Kualiti alam Sekeliling 1974.