PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

LAWATAN KERJA OLEH BAHAGIAN BAHAN BERBAHAYA, JAS KE PREMIS KEMUDAHAN RAWATAN AUTOMOTIF BERLESEN (AUTHORISED AUTOMOTIVE TREATMENT FACILIT-AATF), CAR MEDIC SDN BHD

DOE WP Putrajaya 03/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA OLEH BAHAGIAN BAHAN BERBAHAYA, JAS KE PREMIS KEMUDAHAN RAWATAN AUTOMOTIF BERLESEN (AUTHORISED AUTOMOTIVE TREATMENT FACILIT-AATF), CAR MEDIC SDN BHD
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/09/2021
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya>Ibu Pejabat

Penerangan

30 September 2021-Putrajaya: Bahagian Bahan Berbahaya telah mengadakan satu lawatan kerja dan perbincangan bersama pihak premis AATF, iaitu Car Medic Sdn Bhd. Lawatan kerja ini telah disertai oleh Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya, YM Tunku Khalkausar Tunku Fathahi bersama-sama dengan 4 orang pegawai dari Seksyen Penilaian & Pembangunan, Bahagian Bahan Berbahaya, JAS Ibupejabat. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih terperinci proses menjalankan peleraian komponen-komponen terutamanya komponen yang mengandungi buangan terjadual dari kenderaan yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. Komponen-komponen tersebut akan diasingkan bagi tujuan guna semula, kitar semula atau pemerolehan kembali dan pelupusan akhir. Kemudahan ini dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan