PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM CSR JAS PERAK BERSAMA ANAK-ANAK YATIM, ANAK-ANAK TAHFIZ DAN WARGA EMAS

DOE Perak 03/10/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM CSR JAS PERAK BERSAMA ANAK-ANAK YATIM, ANAK-ANAK TAHFIZ DAN WARGA EMAS
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/09/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

4 September 2021, IPOH - JAS Perak dan YTY Industry Sdn Bhd telah menjalankan program kerjasama tanggungjawab sosial korporat (Corporate Sosial Responsibility - CSR) di Pusat Jagaan Persatuan Anak-Anak Soleha di Tanjung Tualang, Anak-Anak Tahfiz, Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua ( Islam) Titian Abadi (PEKITA) dan Ikhtiar Selesa Villa di Ipoh. Sumbangan yang disampaikan dalam bentuk kotak prihatin mengandungi makanan kering asasi sebagai bantuan kepada penerima. Program ini diadakan dalam suasana sambutan ulang tahun kemerdekaan negara bagi mengurangkan beban ketika negara masih mengharungi pandemik Covid-19. Usaha ini diharapkan dapat mewujudkan jaringan ukhwah semua pihak dalam membentuk keluarga Malaysia yang prihatin dan harmoni. Program ini dijalankan mengikut SOP MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan