PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU PENCEMARAN SERTA SIASATAN ADUAN DIBERI KEUTAMAAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU PENCEMARAN SERTA SIASATAN ADUAN DIBERI KEUTAMAAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 12 September 2021. Sepasukan pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Operasi ini melibatkan daerah Kuala Terengganu, Bukit Tunggal, Bukit Datu, Gong Badak, Lembah Bidong, Merang, Rhu Sepuloh, Kg Bari, Telaga Papan, Saujana, Bintang, Guntong, Chalok, Sg Tong, Lingai, Tepoh, Banggol Donas dan Losong.Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dalam laluan rondaan ini. Kawasan rondaan dan operasi melibatkan penempatan kilang, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan. Hasil operasi ini tiada pembakaran terbuka dan kes-kes yang mencurigakan ditemui. Dua (2) siasatan aduan pembakaran terbuka telah dijalankan di  Kg Ladang Sinha dan Kg Bukit Datu. Kedua-dua aduan ini didapati berasas dengan penemuan kesan di lokasi berkenaan. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang dan individu yang terlibat telah diberi amaran keras agar perkara ini terus dihentikan. JAS Terengganu sentiasa mengingatkan kepada orang awam mengenai kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Kesalahan melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan