PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEGAWAI PENGUATKUASA TERUS BERTUGAS MERONDA DAN MEMANTAU PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEGAWAI PENGUATKUASA TERUS BERTUGAS MERONDA DAN MEMANTAU PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 24 September 2021. Pegawai penguatkuasa terus menjalankan siasatan segera ke atas aduan yang diterima daripada orang awam. Ini merupakan tanggungjawab utama dalam memastikan sebarang pencemaran ditangani segera demi kesejahteraan orang awam Rondaan mencegah pembakaran terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran di kawasan penempatan industri, kampung-kampung , kawasan pembinaan dan taman-taman perumahan dilakukan di sekitar Kuala Terengganu, Manir, Telemong, Bukit Payong, Kawasan Perindustrian Bukit Kor, Serating dan Jambu Bongkok. Tiada pembakaran terbuka ditemui semasa rondaan dijalankan dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan. Pegawai penguatkuasa turut menjalankan siasatan ke atas aduan pembuatan arang di Kg Serating, Marang.  Aduan ini didapati  berasas. Perusahaan pembuatan arang ini dilakukan secara persendirian di dalam kawasan rumah yang juga berhampiran dengan rumah-rumah penduduk sekitar.  Hasil siasatan ini akan dipanjangkan kepada Majlis Dearah Marang untuk tindakan lanjut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan