Penerangan
Kuala Terengganu, 23 September 2021. Pegawai penguatkuasa terus menjalankan siasatan segera ke atas aduan yang diterima daripada orang awam. Ini merupakan tanggungjawab utama dalam memastikan sebarang pencemaran ditangani segera demi kesejahteraan orang awam
Satu (1) aduan telah disiasat pada hari ini yang melibatkan pembakaran terbuka di Kg. Nyior Kembar, Bukit Payong, daerah Marang dan dua (2) aduan di daerah Kuala Terengganu iaitu di Kg Tanjung, Kedai Buluh dan Kg Pulai Kambing.
Ketiga-tiga aduan tersebut didapati berasas dengan kesan pembakaran dikesan dan dijumpai dilokasi yang diadu. Banner larangan pemkaran terbuka telah dipasang dilokasi kejadian sebagai peringatan kepada sesiapa sahaja berhubungan larangan dan tindakan undang-0undang yang boleh dikenakan kepada pelaku.
JAS Terengganu sentiasa menasihatkan orang awam agar tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka ini yang jelan menyebabkan masalah pencemaran udara atau asap kepada kejiranan, sekaligus menimbulkan masalah ketidakselesaan kepada kehidupan seharian mereka-mereka yang terlibat.
Banner yang menjelaskan mengenai aktiviti pembakaran terbuka ini dan tindakan di bawah Seksyen 29A (1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh diambil dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.