Penerangan
Kuala Terengganu, 19 September 2021. Hari ini, Pasukan Penguatkuasaaan JAS Terengganu telah melakukan siasdatan susulan di kawasan sekitar Sungai Paka susulan penerimaan notifikasi NPE bagi stesen pemantauan kualiti air Sungai Paka yang melibatkan penurunan nilai bagi parameter pH.
Hasil siasatan di Loji Air Bukit Bauk yang menerima air dari Sungai Paka. Rekod bacaan pH bagi air mentah di loji ini adalah baik . Manakala bacaan insitu menggunakan peralatan multiparameter juga menunjukkan bacaan pada tahap yang baik dan selamat.
Walau bagaimanapun kajian terperinci akan dilakukan dalam tempoh terdekat dengan melibatkan kerjasama pelbagai pihak dan juga komuniti setempat. Ianya juga akan melibatkan rondaan melalui sungai bagi melihat secara keseluruhan keadaan sungai dan punca-punca yang berpotensi menyebabkan penurunan nilai pH ini.