PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU MENYIASAT ADUAN BAU DI PAKA-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU MENYIASAT ADUAN BAU DI PAKA-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 18 September 2021. Hari ini, Unit Aduan Dan Kontigensi (UAK) JAS Terengganu yang diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan merangkap ketua unit UAK telah menjalankan siasatan segera ke atas aduan pencemaran bau di Kg. Tebing Tembah, Mukim Paka, Daerah Dungun. Siasatan dengan bantuan pihak pengadu  mendapati, jarak rumah pengadu dengan kawasan perindustrian paka/kertih lebih kurang 7 km. Pengadu memaklumkan bau adalah seperti bau di sekitar paka kerana pengadu berkerja di klinik paka dan sering mengesan bau yg sama.Siasatan di kawasan Kg. Tebing Tembah dan tiga (3) kawasan ternakan ayam di Jalan Santong , tiada bau dikesan Walau bagaimanapun, hasil siasatan di sekitar premis yang sering menjadi aduan punca pencemaran bau di kawasan perindustrian kertih ini mendapati bau yang ketara dikesan di sempadan pagar mengikut arah angin manakala sempadan yang bertentangan iaitu di hadapan premis berhampiran,tiada sebarang bau dikesan. Siasatan lanjut telah dijalankan di Jalan Santong dalam jarak 5 km dari premis yang sering diadu dan pasukan penguatkuasa mendapati bau yang sama masih boleh dikesan. JAS Terengganu akan memperincikan dan memperlengkapkan hasil siasatan ini dengan mengambil kira pelbagai sudut dalam memastikan punca pencemaran ini betul-betul sahih untuk diambil tindakan selanjutnya di bawah bidangkuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. JAS Terengganu sentiasa mengingatkan orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan