PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN TETAP DIJALANKAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN TETAP DIJALANKAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 18 September 2021. Sepasukan pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kawasan operasi hari ini, meliputi kawasan industri, perkampungan dan taman-taman perumahan telah dijalankan di sekitar Marang, Merchang, Durian Mentangau, Seberang Pintasan dan Bandar Dungun. Tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui di sepanjang  laluan rondaan ini. Pegawai penguatkuasa turut menjalankan siasatan ke atas Sungai Paka  berikutan  laporan “notification pollution event” daripada Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. bahawa bacaan parameter pH yang menurun.  Siasatan yang dijalankan dengan kerjasama Pakar Scieno TW Sdn. Bhd.ini,  perlu diperincikan bagi mendapatkan kesahihan punca sebenar penurunan nilai pH tersebut. Siasatan ke atas aduan mengenai  tumpahan minyak di bawah Jambatan Seberang Pintasan, Dungun didapati tidak berasas. Ini berasaskan tiada sebarang kesan tumpahan minyak yang dijumpai di sekitar kawasan yang di adu. Siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, didapati berasas dengan penemuan kesan kebakaran sampah bersaiz kecil. Banner  larangan pembakaran terbuka telah dipasang dilokasi ini dan risalah turut diedarkan kepada kakitangan mahkamah tersebut. JAS Terengganu sentiasa mengingatkan orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.