PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENCEGAHAN PENCEMARAN STRATEGI PENGUATKUASAAN JAS-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENCEGAHAN PENCEMARAN STRATEGI PENGUATKUASAAN JAS-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 17 September 2021. Sepasukan pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kawasan operasi hari ini, dijalankan di daerah Kuala Terengganu yang melibatkan Chendering, Kuala Ibai, Kampung Laut, Wakaf Mempelam, Ladang, Jalan Pusara, Durian Burung, Losong, Atas Tol dan sekitar Bandar Kuala Terengganu. Operasi juga  turut dilakukan di daerah Marang iaitu, kawasan Rusila,  Rhu Rendang, Bukit Kor, Tertak Batu, Bukit Payong dan Mak Kemas. Hasil operasi rondaan dan pemantauan di kawasan industri, perkampungan dan taman-taman perumahan ini didapati tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan. JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan