PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN DI BAWAH BIDANG KUASA JAS TERUS DIPANTAU PADA CUTI UMUM -JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN DI BAWAH BIDANG KUASA JAS TERUS DIPANTAU PADA CUTI UMUM -JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 16 September 2021. Hari ini cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia.  Sepasukan pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Operasi hari ini, telah dijalankan di sekitar Pantai Batu Rakit, Kg Telaga Papan, Kg Merang, Kg Benting Lintang, Kawasan Perindustrian Gong Medang, Sungai Tong dan Chalok. Hasil operasi yang melibatkan kawasan industri, perkampungan dan taman-taman perumahan ini didapati tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan. Walau bagaimanapun terdapat kawasan yang berpotensi aktiviti pembakaran terbuka dilakukan.  Tindakan proaktif pasukan penguatkuasa telah memasang banner larangan pembakaran terbuka supaya aktiviti ini tidak diteruskan oleh individu yang terlibat. Orang awam sentiasa diingatkan rmengenai kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Kesalahan melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan