PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN KE ATAS PUNCA-PUNCA PENCEMARAN DI BAWAH BIDANG KUASA JAS-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN KE ATAS PUNCA-PUNCA PENCEMARAN DI BAWAH BIDANG KUASA JAS-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 15 September 2021. Sepasukan pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Operasi hari ini, melibatkan Daerah Kuala Terengganu, Bukit Tunggal, Gong Badak, Lembah Bidong, Merang, Rhu Sepuloh, Kg Bari, Telaga Papan, Saujana, Bintang, Gong Nering, Gong Kenak Guntong, Chalok, Sg Tong, Lingai, Tepoh, Banggol Donas dan Losong.Tiada aktiviti pembakaran terbuka  dikesan. Kawasan operasi rondaan dan penguatkuasaan ini dijalankan di penempatan kilang, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan. Selain itu, siasatan aduan pembakaran terbuka telah dilakukan di Kg Tok Adis dan Kg Kuala Ibai. Siasatan mendapati kedua-dua aduan ini berasas dengan kesan pembakaran terbuka ditemui di lokasi yang diadu..   Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang dan risalah turut diedarkan kepada individu terlibat. Orang awam sentiasa diingatkan rmengenai kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Kesalahan melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan