Kuala Terengganu, 14 September 2021. Sepasukan pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Operasi ini melibatkan daerah Kuala Terengganu, Padang Midin, Bukit Payung, Marang dan Merchang. Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan. Kawasan rondaan dan operasi melibatkan penempatan kilang, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan.
Siasatan aduan pembakaran terbuka telah dijalankan di Kg. Padang Midin. Terdapat kesan kebakaran dahan-dahan dan ranting-ranting kayu di lokasi yang diadu. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang dilokasi berkenaan sebagai usaha dalam mencegah aktiviti ini diteruskan.
Dengan pemasangan banner, orang awam sentiasa diingatkan rmengenai kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Kesalahan melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau
[email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.