PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU PENCEMARAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/11/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU PENCEMARAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
29/09/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 8 September 2021. Sepasukan pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Operasi ini melibatkan daerah Kuala Terengganu, Batu Rakit, Lembah Bidong, Telaga Papan dan Sungai Tong.Tiada aktiviti pembakatan terbuka dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui. Walau bagaimanapun, banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan pembersihan tanah di Telaga Papan, daerah Setiu. Risalah larangan pembakaran terbuka juga diserahkan kepada individu yang berada di kawasan tapak tersebut agar aktiviti ini tidak diteruskan. JAS Terengganu sentiasa mengingatkan kepada orang awam mengenai kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Sesiapa yang melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1). Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan