04 September 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Sepasukan pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Operasi ini melibatkan daerah Kuala Terengganu iaitu sekitar kawasan Bukit Besar, Kawasan Perindustrian Gong Badak, Batu Raki, Kg.Merang, Kg.Bari, Kg.Penarik, Kg.Beris,Kg.Saujana, Kg.Guntung Luar, Kg.Air Sejuk, Kg.Langkap dan Sg.Tong
Operasi ini melibatkan kawasan penempatan kilang Kelapa sawit, tapak pelupusan sampah, kawasan penempatan kampong-kampung dan taman-taman perumahan yang berada dalam daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu. Hasil operasi ini tiada pembakaran terbuka ditemui, tiada pelepasan asap hitam dari kilang kelapa sawit dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui.
Pemerhatian ke atas pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor juga telah dilakukan. Hasil pemerhatian secara visual yang melibatkan jakan raya yang menghubungkan ketiga-tiga daerah tersebut didapati tiada pelepasan asap hitam kelihatan dan semuanya berada pada tahap pematuhan yang baik.
JAS Terengganu sentiasa mengingatkan kepada orang awam mengenai kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Sesiapa yang melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1). Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau
[email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.